SIRI Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari sehingga 4 Mac ini.

Menariknya kali ini acara tahun stesen radio popular Suria FM itu menampilkan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!’, sekali gus bakal menyaksikan penampilan lebih 40 artis dari tiga era itu bergabung pada satu pentas.

Antara artis yang terlibat adalah Ramlah Ram, Shidee, Raja Ema, Aishah, Ella, Aris Ariwatan, Muss, Zamani Slam, Ally Axl, Exists, Azan Scan, Siti Nordiana, Newboyz, Ruffedge, Kristal X, Misha Omar, Akim & The Majistret, Ernie Zakri, Alif Satar & The Locos dan Syamel

Diikuti Floor 88, Nabila Razali, Khai Bahar, Alyph, Sissy Imann, Haqiem Rusli,
Bunga, Insomniacks, Luqman Podolski, Zulhadi, Syameer Azmi, Xpose, Venus, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi.

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada 11 Februari (Sabtu) ini di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara (19 Februari), Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang (25 Februari) dan penutupnya di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac depan.

Hadiah menarik

Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), siri Jelajah Suria pada tahun ini menampilkan Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama.

“Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM

Iklan

“Jadi kami mahu menampilkan kelainan dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini dengan bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM untuk semua lapisan umur,” katanya pada majlis sidang akhbar program tersebut pada Selasa.

Tidak hanya dihiburkan dengan persembahan artis, pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa empat buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth Kedai Suria.

Wang tunai lebih RM10,000 turut menanti menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.