Gara-gara harta, pelakon veteran Veena Kapoor dibunuh anak sendiri

VEENA KAPOOR - PELAKON VETERAN DIBUNUH
VEENA KAPOOR - PELAKON VETERAN DIBUNUH
A
A
A

PELAKON veteran dan dramatis terkenal Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak lelakinya dalam satu pergaduhan berkaitan harta di Mumbai, India.

Veena menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun setelah dipukul teruk oleh anaknya sendiri yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat dengan menggunakan kayu besbol.

Mayat pelakon drama Bhabhi itu dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Polis telah menahan suspek, Sachin Kapoor, 43, dan seorang lagi individu, Lalu Kumar Mandal, 25, yang didakwa bersubahat dengannya.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, anak lelaki Veena mengaku membunuh ibunya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

Ketika hayatnya, pelakon itu turut membintangi filem Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna, Dal: The Gang dan Bandhan Pheron Ke.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca