PELAKON popular, Zul Ariffin tidak menafikan penerbit terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai merupakan wanita yang cukup istimewa dalam hidupnya.

Zul yang baharu sahaja menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Range Rover berkata, dia sudah lama berfikir untuk berbuat demikian kepada bekas kekasihnya itu.

“Saya sudah anggap dia (Gayatri) umpama keluarga sendiri. Gaya memang istimewa bagi saya. Kami sudah lebih 10 tahun mengenali antara satu sama lain dan pemberian itu sebagai salah satu tanda saya sayangkan dia.

“Tapi pemberian kereta itu tidak ada sempena apa-apa pun. Saya memang nak bagi dia hadiah dan saya rasa kereta itu pun sesuai dengan dia.

“Dia pun suka kereta itu, jadi saya bagilah. Siapa je yang tak sukar kereta macam itu. Saya rasa 90 peratus orang pasti akan cakap suka,” kata Zul ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan hari raya, bintang utama Sangkar itu berkata, dia tidak membuat persiapan dan keterujaan menyambut raya cuma biasa sahaja.

Iklan

Jelas Zul, dia akan berangkat ke Udine, Itali pada 26 April depan bagi menyertai festival filem.

Iklan

“Saya akan berangkat ke Itali bersama Khabir Bhatia dan beberapa orang pelakon lain lagi.

“Balik pun mungkin dah dekat raya, silap-silap saya panjangkan masa untuk berada di sana dan beraya di sana. Carilah masjid mana-mana,” ujarnya yang cukup teruja kerana dapat menyertai festiva filem antarabangsa buat pertama kali.