[VIDEO]”Ha masukkkkkkk…” – Kak Lina Pom Pom ajak warganet sahut cabaran

LAKONAN mantap Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom sebagai Mona dalam drama Kampung People kembali lagi dalam musim kedua kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Umum sedia maklum yang Kak Lina Pom Pom seorang yang sporting dan ‘masuk air’ sehingga membuatkan orang senang terhibur dengannya.

Iklan
Iklan

Tengok sahajalah lenggok jalan dan gaya percakapannya yang sentiasa menarik orang ramai.

Buat yang mengikuti drama Kampung People 2 pastinya ada yang perasan satu babak yang mana Mona sedang membersihkan rumah dan menyanyikan lagu berjudul Empat Dara.

Kemudian datang ibunya dalam drama itu yang dilakonkan oleh Adibah Noor menyambung lagu tersebut.

Terbaru, Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara ini dan mencabar warganet untuk menyambungnya.

Artikel berkaitan: Ayah pun rindu dekat Ain dan adik – Shuk Sahar

Video Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara yang dimuat naik semalam ini telah meraih lebih 880 ribu tontonan dan 85 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.

Kata mereka; Dah macam acik-acik marhaban taww suara gituu… hahahhahahaha..berdekak laa.

Siapa tengok banyak kali angkat tangan.

Aku stress hari ni, jumpa jugak hiburan buat tegang pipi di petang hari.

Hahahahahha berdekah! Berulang kali aku tengok.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

12 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago