ALAHAN sewaktu mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah.

Kebanyakan wanita hamil akan melaluinya meskipun mengandung untuk kali kedua atau seterusnya.

Seperti juga situasi yang dilalui pelakon cantik, Syatilla Melvin yang mengalami alahan yang luar biasa mengandung zuriat ketiga ini disusuli loya melihat rumah sendiri.

Bicara lanjut tentang alahan pelik tersebut, dia yang mesra disapa Tilla mengatakan kehamilan anak pertama dan keduanya semua lancar tidak seperti kali ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Tilla sangat menghargai pengorbanan suaminya, Shaheizy Sam yang menempah sebuah hotel sekali gus membawa pelbagai barangan kelengkapan termasuklah sebuah TV besar.

Iklan

“Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan aku, sanggup bawak TV besar dari rumah supaya tak boring

“Kalau dah bawak TV maksudnya bukan duduk sekejap eh.

“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni, tewas akhirnya…

“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik, longlai badan.

“Demi ALLAH ni 1st time Tilla ada alahan macam ni, pragnancy sebelum ni langsung tak merasa, siap boleh perdi shooting hari-hari sampai perut besaq!

“Kali ni sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. Insya-ALLAH doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat… itu paling penting.

“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ini barula namanya kerjasama selamanya! Sayang awak!” coretnya.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memberi kata-kata semangat buat Tilla. Ramai juga antara mereka menceritakan pengalaman alahan yang pernah dilalui ketika mengandung.

Iklan

Ujar mereka;

“Anak nombor tiga selalunya special, macam aku songsang tapi ibu boleh beranak normal, nombor tiga always the best.”

“Ya ALLAH bertabahlah Tilla. Faham perasaan semua serba tak kena and helpless tu. Baby kuat baby bijak insya-ALLAH take care!”

Baca juga ‘Lambang pengorbanan ibu…’ – Shuib akhirnya kongsi wajah Ayash Affan

“Saya alami alahan teruk macam Rilla ni. Lebih teruk dari ni… bayangkan lamanya after keluar labour room baru hidupku kembali normal.

“Macam-macam alahan ibu mengandung… bersabarlah Tilla.”

“Semoga dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan Tilla sekeluarga.”