Halim Radzi, Sharifah Husna bergelar suami isteri

HALIM RADZI-SHARIFAH HUSNA
HALIM RADZI-SHARIFAH HUSNA
A
A
A

SETELAH tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna sepakat untuk mengikat perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Pasangan romantis yang sedang meningkat naik dalam dunia lakonan itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di kediaman pengantin perempuan di Kajang pada Jumaat.

Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 26, dinikahkan sendiri oleh bapa Husna, Syed Faizal Syed Mohd dan menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin.

Pelakon Jangan Menangis Cinta itu turut menyerahkan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Manakala wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas.

Majlis resepsi bagi meraikan kedua-dua mempelai ini akan berlangsung pada 30 Oktober ini di sebuah hotel di Putrajaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca