Hannah Delisha selamat bergelar isteri, peminat pula luah rasa kecewa

A
A
A

PELAKON berasal dari Singapura, Hannah Delisha berkongsi berita gembira apabila selamat bergelar isteri kepada aktor dari negara sama, Imam Emy.

Bagaimanapun pelakon Bukan Kahwin Paksa itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.

Difahamkan, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch , 25, sudah lima tahun menyulam cinta dengan Imam yang juga sepupu kepada pelakon Nadiyah Shahab.

Dalam pada itu, akaun Instagram Hannah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kecewa dengan perkongsian terbaharu Hannah itu.

Antara komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Hannah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca