“Hari ini genap seminggu pemergian mama” – Ibu meninggal dunia 6 Syawal lalu, Irma Hasmie luah rasa rindu

IRMA HASMIE
IRMA HASMIE
A
A
A

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu.

Perkhabaran tersebut baru sahaja dikongsikan Irma, 41, di akaun Instagramnya pada Khamis, setelah genap seminggu pemergian Allahyarham.

“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Irma yang kini terlibat aktif dengan aktiviti dan kerja-kerja amal itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.

“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.

Irma juga meluahkan rasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.

“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.

“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.

Salam takziah daripada kami di SinarPlus.

(FOTO: INSTAGRAM IRMA HASMIE)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca