Hari Raya Kita, Najwa Latif kongsi raya norma baharu
MESKI beraya dalam suasana norma baharu, kemeriahan raya tentunya tetap dinantikan untuk dirai bersama keluarga dan rakan taulan.
Tidak mahu ketinggalan, penyanyi Najwa Latif tampil memeriahkan Syawal kali ini dengan sebuah lagu raya baharu berjudul Hari Raya Kita.
Karya ciptaan pemain gitar kumpulan Cactus iaitu Arin Lutfi dan Alif Hassan, serta lirik tulisan bersama Arin Lutfi dan EllGee itu di lancarkan pada 30 April lalu.
Najwa yang bernaung di bawah labelnya sendiri iaitu NL Entertainment melahirkan rasa syukur dapat melahirkan single raya solo pertamanya.
“Pembikinan single ini, mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuzik lama dan baharu seperti Ujang Exists, Ayoy 6ixthsense dan Jay Pretty Ugly.
“Proses rakaman single ini mengambil masa seminggu untuk disiapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses Mixing Mastering dibuat oleh Muhd Mastering,” ujarnya.
Bercerita tentang konsep muzik video Hari Raya Kita, Najwa berkata, ia bertemakan suasana perayaan norma baharu ketika pandemik Covid-19 yang kini memasuki tahun kedua.
“Saya mahukan sebuah muzik video yang santai, tentang kekeluargaan dan catchy, selain mesej positif yang bersesuaian dengan konsep perayaan di musim pedemik ini.
“Saya juga berharap agar lagu ini diterima semua golongan terutamanya untuk untuk generasi alaf ini,” katanya.
Muzik video Hari Raya Kita kini boleh ditonton di saluran YouTube Channel Najwa Latif menerusi pautan https://www.youtube.com/watch?v=eV9tCeGbVGg
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang