MESKI beraya dalam suasana norma baharu, kemeriahan raya tentunya tetap dinantikan untuk dirai bersama keluarga dan rakan taulan.

Tidak mahu ketinggalan, penyanyi Najwa Latif tampil memeriahkan Syawal kali ini dengan sebuah lagu raya baharu berjudul Hari Raya Kita.

Karya ciptaan pemain gitar  kumpulan Cactus iaitu Arin Lutfi dan Alif Hassan, serta lirik tulisan bersama Arin Lutfi dan EllGee itu di lancarkan pada 30 April lalu.

Najwa yang bernaung di bawah labelnya sendiri iaitu NL  Entertainment melahirkan rasa syukur dapat melahirkan single raya solo pertamanya.

“Pembikinan single ini, mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuzik lama dan baharu seperti Ujang Exists, Ayoy 6ixthsense dan Jay Pretty Ugly.

“Proses rakaman single ini mengambil masa seminggu  untuk disiapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses Mixing Mastering dibuat oleh Muhd Mastering,” ujarnya.

Iklan

Bercerita tentang konsep muzik video Hari Raya Kita, Najwa berkata, ia bertemakan suasana perayaan norma baharu ketika pandemik Covid-19  yang kini memasuki tahun kedua.

“Saya mahukan sebuah muzik video  yang santai, tentang kekeluargaan  dan catchy, selain mesej positif  yang bersesuaian dengan konsep perayaan di musim pedemik ini.

Iklan

“Saya  juga berharap agar lagu ini diterima semua golongan terutamanya untuk untuk generasi alaf ini,” katanya.

Muzik video Hari Raya Kita kini boleh ditonton di saluran YouTube Channel Najwa Latif menerusi pautan https://www.youtube.com/watch?v=eV9tCeGbVGg