DEMI mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Intan Ladyana, bintang serba boleh, Harris Alif, 22, ​tidak menunggu lama untuk tampil dengan lagu baharu berjudul Permaisuri.

Judulnya saja pun sudah cukup menggambarkan isi kandungan lagu ciptaan Archie Nasution ini. Semestinya ia tidak lain adalah curahan hati Harris terhadap kebahagiaan yang akhirnya dikecapi bersama wanita pilihan.

​Berbekalkan melodi cukup indah, cetusan rasa dalam lagu Permaisuri sememangnya terserlah ikhlas dan jujur.

​Harris turut menyifatkan Permaisuri sememangnya membawa makna besar dalam dirinya secara peribadi.

​“Sebagaimana judulnya, lagu ini semestinya menceritakan mengenai seorang permaisuri, permaisuri yang bertakhta di hati saya.

“Lagu ini cukup bermakna buat saya apalagi kini sudah menemui sendiri permaisuri hati. Ya, saya akui lagu ini adalah terjemahan dedikasi cinta saya terhadap isteri.

Iklan

​“Sejak dari awal lagi, saya sudah beritahu komposer iaitu Archie bahawa lagu Permaisuri ini memang diciptakan khas buat permaisuri hati saya (Intan).

Iklan

“Perasaan itu hadir seiring dengan emosi yang mengalir dalam diri sekali gus sangat membantu penghayatan jadi lebih berkesan,” katanya yang mengakui lagu ini dibuat sebagai kejutan kepada Intan.

​Permaisuri boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.