BANGLO mewah milik pelakon Hollywood, Cara Delevingne yang terletak di Los Angeles musnah terbakar dalam satu kejadian baru-baru ini.

Kebakaran berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan itu dilaporkan bermula dari bilik kecil di kawasan belakang sebelum merebak hingga menyebabkan kediaman bernilai hampir RM33 juta hangus dijilat api.

Seramai 100 anggota bomba dari Jabatan Bomba Los Angeles bergegas ke lokasi dan mengambil masa selama dua jam untuk memadamkan kebakaran.

Ketika kejadian, Cara berada di London bagi penglibatan dalam sebuah persembahan di United Kingdom.

Beliau turut berkongsikan berita sedih tersebut menerusi Instagramnya selepas mengetahui insiden berkenaan.

“Hati saya hancur… saya tidak percaya. Kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Jadi hargai apa yang anda ada,” tulis pelakon Paper Towns berusia 31 tahun itu.

Cara juga meluahkan kebimbangan dengan keadaan dua ekor kucingnya yang turut terbabit dalam kebakaran tersebut.

Baca juga:Meninggal dunia kebakaran dikira mati syahid, ini penerangan agamawan

Namun, kedua-dua haiwan kesayangannya itu dikatakan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Dalam catatan sama, Cara turut berkongsi video beberapa trak bomba di luar kediamannya.

Iklan

“Terima kasih kepada semua anggota bomba dan orang ramai yang hadir untuk membantu,” katanya.

Baca juga:Abang, adik sehidup semati, rentung dalam kebakaran. Jasad ditemui berdekatan, berikut kronologi menyayat hati

Dalam pada itu, dilaporkan seorang penjaga rumah mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Punca kebakaran masih tidak diketahui namun dalam siasatan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!