Heliza Helmi selamat bergelar isteri Datuk Seri Mahadi BZ

A
A
A

PENYANYI, penceramah, ahli perniagaan dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi membuka lembaran tahun 2022 melangsungkan pernikahan dengan jutawan muda, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Pasangan itu sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz jam 11.11 pagi tadi yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran dipersembahkan pada majlis tertutup itu.

Hal itu disahkan lelaki dikenali dengan nama Fizz dari BenSignatures Event Wedding Planner.

"Heliza ada maklumkan butiran lain akan dia beritahu kemudian," kata Fizz.

Heliza bersama suami dan ibu mentua di majlis pernikahan mereka.

Usai nikah, pasangan itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara juga di Putrajaya.

Malam esok pasangan ini akan diraikan di sebuah hotel terkemuka.

Sebelum ini, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi tidak pernah tertekan saat diaju soal kahwin.

Keutamaannya sebelum ini hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiannya. Malah dia  turut berasa bersyukur kerana kedua ibu bapanya juga tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal kahwin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca