Hoorrey x Fest Raya himpun 100 usahawan selebriti popular

A
A
A

MEMERIAHKAN lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey x Fest Raya bakal dianjurkan dengan menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.

Antaranya termasuk Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn dan ramai lagi.

Acara yang mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia serta Artist Corner itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 hingga 21 April ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, festival tersebut bakal menyaksikan percubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 65 jam tanpa henti.

Hoorrey x Fest Raya bakal berlangsung di WTCKL pada 19 hingga 21 April depan.

“Matlamat kami menerusi penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan artis tanah air termasuk para peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan.

“Umum tahu saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.

“Jadi kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli-belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,” katanya.

Malaysia Book of Records

Tidak hanya itu, pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur paling ramai di WTCKL.

“Festival ini menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival.

“Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti. Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

“Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca