PENYAMPAI radio dan pengacara, Hunny Madu, meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali, Kelantan yang dipenuhi sampah-sarap dan tidak dijaga dengan sewajarnya.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 39, turut mengimbau semula keadaan lokasi tumpuan pelancong itu yang jauh lebih cantik ketika dilawati beberapa tahun lalu.

Malah perancangan mereka untuk berhenti dan menikmati aiskrim di tepi pantai tidak menjadi kenyataan kerana keadaan di tempat itu.

“Pantai di Tok Bali; Pantai Bisikan Bayu, di Kelantan sangat kotor dan dipenuhi sampah. Kami sepatutnya berhenti untuk mendapatkan aiskrim kerana cuaca panas, tetapi dibatalkan. Sebaliknya kami ke hotel berdekatan kerana mood kami berubah selepas melihat sampah sarap itu.

“Kenapa? Boleh sesiapa beritahu saya kenapa pantai yang dulunya cantik ini kini penuh dengan sampah-sarap?” luahnya menerusi Instagram bersama video pendek keadaan pantai di sana.

Iklan

Perkongsiannya itu turut menarik perhatian rakan selebriti dan rakyat Kelantan sendiri yang mengakui tahap kebersihan di negeri sangat tidak memuaskan.

Iklan

Bahkan tidak kurang juga yang mencadangkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga kebersihan antara tempat tumpuan pelancong di negeri itu.