PENYAMPAI radio Suria FM, Tyzo baru sahaja kehilangan ibu, Hasnah Shaari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hasnah yang meninggal dunia sekitar jam 7 malam Isnin.

Menurut Tyzo yang mengendalikan slot Suria Petang, ibunya yang berusia 80 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Ipoh, perak.

Tyzo yang sempat bertugas seperti biasa bersama rakan setugas, Sharifah Shahira pada petang tadi kini dalam perjalanan pulang ke Ipoh dan tidak dapat berkongsi info lanjut berkaitan pemergian Allahyarham ibunya.

Difahamkan sebelum ini, Tyzo yang cukup dikenali dengan perwatakan ceria itu kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh disebabkan keadaan kesihatan ibunya yang tidak begitu baik.

Sementara itu, Sharifah Shahira menyifatkan Tyzo sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa menyembunyikan kesedihannya.

“Kamu ni tak cakap, kalau bab-bab.. Ada apa kat rumah ke. Ulang-alik balik Ipoh tengok mak, lepas tu kerja. Tak ambil pun off day.

“Malam ni kamu nak balik Ipoh tengok mak kamu lagi. Dapat tahu baru sekejap tadi, mak dia meninggal dunia pada jam 6 lebih. Kelmarin dia ulang-alik balik KL ke Ipoh.

“Takziah Tyzo. Mak kamu bangga dengan kamu Tyzo, anak yang baik dan taat. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain ya. Takziah buat keluarga,” ujar Shira menerusi satuu hantaran di laman Instagramnya sebentar tadi.

Iklan

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan turut berkongsi kesedihan sama di ruangan komen dengan menitipkan ucapan takziah dan kata-kata semangat buat Tyzo agar tabah berdepan kehilangan tersebut.

Salam takziah daripada kami di SinarPlus.

 

Iklan

(FOTO: Instagram Tyzo)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)