Idam watak aksi, Aniq Suhair terperangkap dengan wajah ‘jambu’

A
A
A

BINTANG baharu sedang meningkat naik, Aniq Suhair mengharapkan agar diberi peluang untuk menjayakan pelbagai jenis watak terutamanya dalam naskhah genre aksi.

Mengakui sukar mendapat watak sebegitu disebabkan fizikal dan wajah ‘jambu’ yang dimiliki, hero drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu tidak pernah berputus asa, malah sentiasa berusaha untuk menyerlahkan potensi diri.

“Sebenarnya sejak menjadi menyertai Pencarian Hero Remaja 2020 lagi, saya sudah mengimpikan untuk terlibat dengan filem aksi.

“Bagaimanapun mungkin kerana wajah ‘jambu’ yang saya miliki ini, ada pihak yang menganggap saya tidak sesuai untuk menjayakan watak sebegitu.

“Saya berharap agar penerbit mahupun pengarah tidak menilai potensi saya berdasarkan perkara tersebut atau apa yang dipaparkan di media sahaja sahaja, sebaliknya melihat bagaimana saya membawa sesuatu karakter itu” ujarnya yang kini hangat dengan drama bersiri Liar yang disiarkan di saluran Astro Ria, setiap Isnin, jam 9 malam.

Aniq sebagai anak kepada Tony Eusoff dalam drama bersiri Liar.

Meskipun begitu, Aniq, 23, akan terus membuktikan kemampuannya menerusi pelbagai peluang lain yang diperolehi, sekali gus menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang lakonan yang mula diceburinya sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan peluang saya perolehi setakat ini. Apa-apa pun saya perlu bekerja lebih keras lagi untuk memperbaiki diri dan mendapatkan karakter yang dimahukan pada masa akan datang,” tegasnya.

Belajar silat

Berkongsi perkembangan terkini, anak sulung daripada enam beradik itu berkata, drama terbaharu lakonannya, Journal Sarahaeyo bakal menemui penonton di platform Viu tidak lama lagi.

“Drama siri enam episod yang baru sahaja tamat penggambarannya baru-baru ini akan menyaksikan gandingan saya bersama pelakon Arena Iman.

“Selain menjalani penggambaran selama seminggu di Korea Selatan pada Ramadan lalu, cabaran lain yang dilalui bagi drama ini adalah saya perlu belajar silat untuk salah satu babak persembahan seni di sana.

“Mujurlah saya memang mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri dan pernah bergiat aktif dalam sukan taekwando sebelum ini. Jadi ia banyak membantu saya dalam latihan dan persiapan untuk babak tersebut,” katanya yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan terbabit ketika berusia 14 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca