PENYANYI Iman Troye mahu menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.

Iman yang juga merupakan Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI itu berkata, pemberian itu sebagai motivasi dan pembakar semangat buat mereka yang berusaha keras mencapai kejayaan.

Kriteria pemilihan yang dilakukan adalah berdasarkan pencapaian daripada keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha pada masa akan datang.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Teman dan Nang itu lagi, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

Iklan

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej langsung (DM) di Instagram PTTI.

Iklan


Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi