Ini maksud menghina mahkamah, Puteri Sarah dibenar mula prosiding terhadap Ira Kazar dan keluarga
APA maksudnya menghina mahkamah? Prinsip menghina mahkamah di Mahkamah Syariah ini pada asasnya diambil daripada amalan di mahkamah-mahkamah awam.
Oleh kerana prinsip ini tidak bertentangan dengan hukum syarak, malah menegakkan ia akan menambahkan lagi kemuliaan dan kehormatan kepada Mahkamah Syariah, maka prinsip ini diguna pakai dan menjadi teras kepada Mahkamah Syariah untuk mempertahankan kewibawaan dan integritinya.
Perkataan ‘penghinaan mahkamah’ ini diambil dari perkataan Inggeris iaitu contempt of court. Perkataan contempt bermaksud penghinaan atau sikap memandang rendah kepada kepada sesuatu perkara.
Menurut A.S Hornby dalam Oxford Dictionary Of Current English, contempt atau penghinaan ialah satu unsur memandang rendah kepada sesuatu pekara atau tidak mengendahkan (mempedulikan) iaitu dalam semua bentuk peraturan atau undang-undang.
Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam
Apabila disebut contempt of court atau penghinaan Mahkamah, ia memberi maksud tidak mematuhi terhadap perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah atau tidak menghormati sistem kehakiman.
Pelakon Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian ramai selepas perkahwinannya pengarah popular, Syamsul Datuk Yusof bergoncang.
Memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu, beliau telah menerima kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya Yasmin dan bapa mereka, pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.
Baca juga: Puteri Sarah bertolak tunai umrah, warganet persoal tak nampak kelibat Syamsul di airport
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Berikut tujuh info berkaitan:
1-Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira aatau kakaknya dan bapa mereka.
2-Kata Akberdin, selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan.
3-Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan.
3-Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Januari lalu terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.
5-Ibu kepada dua anak itu memohon perintah injunksi tersebut dalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.
Baca juga: Tidak rela bermadu, Puteri Sarah minta dilepaskan
6-Pada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya, Syamsul Yusof.
7-Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.
Baca juga: Sebutan kes cerai 7 Mac depan, Puteri Sarah mahu mulakan hidup baharu
Warganet menitipkan doa buat Puteri Sarah dan berharap prosiding tersebut berjalan lancar. Ujar mereka:
-“Go Sarah. We always beside you. Moga ALLAH permudahkan urusan.”
-“Semangat Sarah perjuangkan hakmu dan anak-anak.”
-“Go Sarah go, fight habis-habisan.”
-“Go Sarah, may ALLAH ease everything for you, AllahuAkbar!”
Pada 6 Januari lalu Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang