INSPIRASI kepada golongan muda, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menggenggam iiazah sarjana pada usia 43 tahun.

Melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di City University Malaysia,

Zed Zaidi atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, memuat naik foto upacara bermakna yang turut dihadiri isteri, Natalia Datuk Mustafa.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Bergelar pelajar, suami, bapa dan dalam masa yang sama memegang jawatan penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tentunya bukan mudah.

Justeru, Zed menzahirkan rasa gembira apabila perjuangan dan kerja keras selama ini akhirnya membuahkan kejayaan yang manis.

Baca juga: Cemerlang masterCGPA 3.98, Syakirin Husnal Pelajar Terbaik Sekolah Perniagaan, buktikan #mommysiswa boleh!

“Akhirnya selesai segala cabaran dan ujian untuk menghabiskan pengajian ini.

“Terima kasih kepada isteri, anak, keluarga dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan (Masters of Education Leadership and Management).

“Semoga apa yang saya lalui menjadi motivasi kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya selepas upacara konvokesyen City University di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Zed yang dinobatkan sebagai Hero Remaja 2001 popular dengan drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih.

Beliau sebelum ini memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia.

Baca juga: Soo Wincci : Korban cinta demi ‘Doktor’

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Pada 2016, bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Iklan

Warga maya teruja dengan kejayaan diraih mengucapkan tahniah dan menjadikan beliau sebagai inspirasi.

– “Tahniah Zed, boleh sambung PhD pula.”

– “Tahniah Zed. Selepas ini boleh jadi pensyarah.”

– “Tahniah. Pendidikan itu penting. Kalau ada peluang lanjutkan pelajaran.”

– “Well done @rozaidijamil.”

– “Syabas, teruskan perjuangan.”

Iklan

Tahniah Zed Zaidi daripada SinarPlus. Moga kejayaan diraih beliau menjadi pencetus semangat yang mendorong wanita untuk terus menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Sumber: Instagram Zed Zaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!