Intan Ladyana, suami positif Covid-19 dikejarkan ke hospital, ramai doakan kandungan

01
01
A
A
A

PASANGAN selebriti Intan Ladyana, 38, dan Harris Alif, 21, dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh malam tadi akibat positif Covid-19.

Perkara tersebut dimuat naik dalam satu hantaran Instagram program hiburan terkenal, Melodi tengah malam tadi.

Menerusi posting berkenaan, dikhabarkan Intan juga kini sedang hamil anak pertama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hospital Sg Buloh setelah disahkan positif Covid-19 dan beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama dan suaminya juga @harrisalif disahkan positif Covid-19.

"Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa," coretnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa bimbang mereka terhadap Intan yang sedang sarat hamil itu.

Intan dan Harris.

Ribuan doa buat ibu dan bayi serta kata-kata positif turut menghujani ruangan komen tersebut.

Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala.

Baca juga Rumah idaman hanyut dibawa banjir, Ebby Yus tetap syukur diberi nafas untuk hidup

Sehingga kini belum ada sebarang perkongsian atau pengumuman mengenai perkara tersebut oleh Harris.

Namun, Intan dilihat ada memuat naik perkongsian sebuah video memaparkan dia dipercayai berada dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital sekitar pukul 11 malam tadi.

Pasangan romantis, Intan dan Harris selamat diijabkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca