iQIYI lancar empat drama mega, umum diskaun istimewa

iQIYI LANCAR 4 DRAMA
iQIYI LANCAR 4 DRAMA
A
A
A

PENERAJU penstriman Asia, iQIYI terus menghargai penonton setianya dengan menampilkan pelbagai kandungan baharu termasuk empat drama mega yang terdiri daripada drama Cina dan tempatan bagi membolehkan penonton menambah senarai program mesti tonton mereka sepanjang bulan ini.

Dua drama Cina yang bakal mencuri perhatian penonton di platform iQIYI itu terdiri daripada Lesson in Love yang sudah pun tampil dengan tayangan perdana pada 11 Disember lalu, manakala She and Her Perfect Husband pula pada 14 Disember.

Sementara drama tempatan pula menyaksikan naskhah Hati Tanpa Rasa yang memulakan tayangannya pada 13 Disember dan diikuti Budak Tebing 3 pada 14 Disember.

Tidak hanya itu, iQIYI turut menghadiahkan penonton dengan diskaun istimewa bagi membolehkan mereka menikmati drama kegemaran di platform terbabit.

Bermula 12 Disember hingga 18 Disember, pengguna iQIYI bakal menikmati diskaun 40 peratus (%) bagi langganan akses VIP tahunan mereka. Akses VIP tahunan standard kini ditawarkan pada harga RM69.60, manakala akses VIP tahunan premium pula pada RM104.90.

Sebagai pengguna VIP, mereka akan menikmati keistimewaan mengakses episod terkini drama baharu lebih awal, selain boleh menggunakan fungsi muat turun episod baharu ke aplikasi iQIYI.

Pengguna VIP juga boleh melangkau iklan untuk hiburan berterusan tanpa gangguan, akses penstriman secara serentak melalui beberapa peranti untuk satu akaun serta tontonan video berkualiti definisi tinggi (HD).

Penonton juga boleh menikmati drama dan filem tempatan, Cina serta Korea secara on-demand di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca