SELEPAS dua bulan melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Zahirah Macwilson buat pertama kalinya berkongsi wajah permata hatinya itu kepada umum.

Selain memuat naik foto, Zahirah, 26, menerusi Instagramnya sebentar tadi, turut mengumumkan nama bayi lelaki, hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Aiman Hakim Ridza.

“Our baby is 2 months old today! We love you Isaac Raees.

“May you grow up healthy, strong and always kind my lil dimples. So proud to call you ours,” ujarnya.

Zahirah dan suami kini berada Perth, Australia bersama keluarga mereka selepas melahirkan cahaya mata pada 5 Januari lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Iklan

 

Iklan

(FOTO: Instagram Zahirah)