Islamkan seorang lelaki, tindakan Aisar Khaled dipuji PU Amin, dorong banyakkan content agama

A
A
A

BARU-baru ini, tular di laman sosial tindakan selebriti media sosial, tindakan selebriti media sosial iaitu Aisar Khaled mengislamkan seorang lelaki.

Perkongsian Aisar mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, PU Amin yang menyokong dan tindakan Aisar.

Jelasnya, kandungan keagamaan sedemikian seharusnya diperbanyakkan di laman sosial agar ia menjadi contoh buat anak muda yang lain untuk mengajak lebih ramai lagi mendekati Islam.

“Tahniah saya ucapkan buat adik Aisar Khaled atas usaha dia untuk buat content agama harus dipuji. Kenapa tidak content ini dibanyakkan?

“Cuma dia perlu dipandu dan dibimbing oleh orang yang memahami, insya-ALLAH. ALLAH lihat usaha baik anda. Saya sokong,” tulis Amin di Insta story.

Bagaimanapun, kata Amin Aisar perlu dibimbing dalam perkara berkenaan.

“Salah ke Islamkan orang? Tak salah,pahala lagi dapat. Alhamdulillah. Cuma kalau boleh buat dengan pihak berkuasa agama, sebab ramai yang Islamkan kemudian tinggalkan macam tu.

“Akhirnya dia kembali kepada agama bukan Islam.

“Bila kita Islamkan orang, maka kita dibebankan dengan tanggungjawab agar akidah orang yang kita Islamkan tadi terpelihara. Namun saya percaya semua faham hal ini,” katanya.

Aisar dalam hantaran terbaru mendedahkan dia tidak pernah memaksa lelaki berkenaan dan berjanji akan membawa lelaki berkenaan untuk dibimbing.

Terdahulu, Aisar berkongsi video berkenaan di laman sosial TikTok yang kemudiannya tular di pelbagai platform media sosial yang lain seperti Twitter.

@aisarkhaleddDakwah Seorang India Hingga Masuk Islam Masyaallah . ##fyp♬ original sound - aisar_khaledd

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @pencetusummah_amin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca