ANAK kepada pelakon Rita Rudaini, Rayyan Rizqin, 14, kini sedang dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Berita tersebut dikongsikan ibu tunggal kepada dua anak itu menerusi akaun Instagramnya pada Khamis.

Menurut Rita, kejadian tersebut berlaku sehari selepas anak sulungnya itu pulang ke asrama sekolah pada minggu lalu selepas cuti sempena aidilfitri.

“Episod satu. Kejadian minggu lepas. Hari pertama sekolah, selepas break hari raya. Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan,” tulisnya.

Bagaimanapun bintang drama Kerasnya Takdir itu tidak menyatakan punca kejadian tersebut berlaku, tetapi bersedia berkongsi tentang perkara tersebut dalam kemas kini akan datang.

Menurut Rita, emosi anaknya tidak menentu selepas mengalami kecederaan tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada rakan-rakan dan para pengikutnya yang banyak memberikan kata-kata semangat, selain menitipkan doa buat anaknya.

“Terima kasih pada yang mendoakan Ryan dan terima kasih Hospital Tampin,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warga maya yang bertanyakan tentang bekas suaminya, Aidil Zafuan dan keberadaan pemain bola sepak itu pada ketika anaknya dimasukkan di hospital.

Tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas suami, Rita memohon agar orang ramai berhenti berbuat demikian, apatah lagi dia dan anak-anak kini selesa memilih kehidupan yang lebih tenang.

“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’, sikit-sikit nak tanya ‘si polan’ tak datang tengok ke? Adoi sudah-sudahlah tu. Korang pun. Kenapa?

“Sebelum ini pernah nampak ‘arwah’ berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang? Tak ada kan.

“Sudah 14 tahun, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah lah. Nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” tegasnya.

Iklan
Reaksi Rita di Insta Story terhadap tindakan warganet yang masih mengaitkan kehidupannya dengan bekas suami.

Dalam perkembangan terbaharu, wanita 47 tahun itu memaklumkan anaknya itu selamat menjalani pembedahan.

“Ryan kadang-kadang down, emosi tak menentu. Kadang-kadang dia OK, cakap banyak tetapi kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Depress sebab sebelah tangan saja boleh guna, susah untuk dia bergerak.

“Insya-ALLAH mommy selalu doa semoga dipermudahkan” katanya.

Terdahulu Rita dan Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, sebelum disahkan bercerai pada 2013.

Iklan

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

(SUMBER/FOTO: INSTAGRAM INSTAGRAM RITA RUDANI)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi