PELAKON Remy Ishak mengesahkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Ezza Yusof kini hamil lima bulan.

Berita gembira itu dikongsi Remy, 41, menerusi temubual bersama Kosmo! pada Sabtu, sekali gus menamatkan teka-teki peminat yang selama ini membuat spekulasi tentang perkara tersebut.

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal.

“Doktor pun beri nasihat supaya tidak digembar-gemburkan dahulu. Jadi, memang tak boleh nak kongsi,” jelasnya.

Bintang filem Harum Malam itu bagaimanapun mengakui teruja menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu beberapa bulan lagi dan perasaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Iklan

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.