BARU menyambut kelahiran anak sulung, pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae sedang melalui fasa berpantang.

Suaminya, Ryzal Ibrahim tampil memberikan penjelasan isu berkaitan berpantang wanita itu yang menjadi tumpuan sesetengah golongan.

Pemilik saluran Youtube Duriankimchi itu berharap orang ramai tidak memaksa isterinya menerima budaya yang bukan miliknya.

 

 

“Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea.

“Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

“Isteri saya memeluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan perawat pantang yang datang rumah kami.

“Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” tulis Rizal di Instagram.

Dalam pada itu, Ryzal turut menerangkan isterinya memeluk agama Islam, bukan bermaksud memasuki kaum.

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum.

Iklan

“Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru,” tulisnya.

Justeru, dia meminta orang ramai memberi ruang dan menghormati budaya yang dimiliki Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Maryam melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Rina pada 20 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka yang menetap Seoul sebelum ini mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.

Iklan

Baca juga: Rina Mirip Wajah Mommy, Maryam Durian Kimchi Pantang Bersalin Cara Melayu

Baca juga: Ryzal, Maryam Durian Kimchi Timang Bayi Perempuan, Syukur ALLAH Mudahkan Bersalin

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @ryzalibrahim