Isu penyondol, Remy Ishak lebih terbuka dengan isteri

A
A
A

LAMBAKAN kisah rumah tangga yang diganggu orang ketiga, sama ada melibatkan selebriti atau orang biasa hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Cakna dengan perkembangan semasa, aktor berbakat besar, Remy Ishak mengakui lebih terbuka dan pernah berdiskusi dengan isterinya, Ezza Yusof berkaitan orang ketiga.

“Bagus bila perkara sebegini berlaku, sebab saya dapat duduk berdiskusi dengan isteri mengenai perkara ini (kehadiran orang ketiga dan poligami).

“Saya bersikap terbuka dengan isteri dan pada pandangan saya, apa sahaja yang berlaku bukan hanya salah sebelah pihak. Kalau hanya tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“Saya pernah cakap dengan isteri, kalau perkara ini berlaku pada kita, tolong jangan marah saya. Walau sebaik mana saya menjaga perhubungan, kalau sekali ALLAH SWT nak uji, siapa kita nak menghalang,” ujarnya.

Remy menetapkan tiada rahsia antaranya dan Eza, bagi mengelakkan salah faham di masa depan.

Remy berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya, Hijrah Jannah di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru, ujar lelaki berusia 41 tahun itu, jalan terbaik untuk menjaga perhubungan suami isteri adalah bersikap jujur.

“Apa sahaja yang berlaku saya akan beritahu isteri, kalau ada orang mesej pelik-pelik, saya akan tunjuk kepada isteri.

“Bagi saya, orang lelaki kena jujur dengan isteri sebab kalau apa-apa yang berlaku pada masa akan datang, dia sudah tahu cerita sebenarnya,” jelasnya.

Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 dan kini sedang menanti cahaya mata sulung yang dijangka lahir Ogos ini.

Sisi berbeza

Atas faktor sama juga, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu memilih meluaskan perjalanan karakter yang berbeza untuk watak Syawal dalam drama Hijrah Jannah.

Dek sering berpenampilan kemas dan segak, Remy memilih untuk tampil berbeza dalam drama terbaharunya, Hijrah Jannah.

Jelas Remy, dia membawakan watak Syawal, seorang lelaki kaya yang taat pada agama, namun terjerumus dalam poligami.

“Selalu kalau watak lelaki berpoligami dipotretkan secara tidak adil dan atas sebab itu, saya mencari dinamik yang berbeza.

“Saya mahu watak Syawal ini buat orang bersimpati dengan dia kerana bukan kehendak dia untuk berkahwin dua dan lebih mencabar apabila kedua-dua isterinya duduk serumah.

“Walaupun nampak tidak logik, saya percaya ada yang melalui situasi sama cuma tidak diketahui orang,” katanya.

Bukan sahaja perkembangan watak berbeza, Remy juga tampil dengan imej berlainan sebagai Syawal yang berambut panjang dan badan agak berisi.

“Selalu sangat saya dilihat dengan imej kemas dan berbadan kurus, jadi saya mahu beri rupa berbeza kepada penonton tetapi sesuai dengan perjalanan karakter saya,” ujarnya yang akan membintangi dua buah filem pada tahun ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca