Jackie Chan buat penonton menangis, Ride On tampil sisi berbeza

A
A
A

FILEM lakonan bintang aksi popular kelahiran Hong Kong, Jackie Chan sememangnya sentiasa di tunggu ramai, termasuk Ride On yang baru sahaja memulakan tayangannya di pawagam pada 13 April.

Biarpun kini sudah menginjak usia 68 tahun, Jackie masih mempunyai auranya tersendiri dan memiliki tempat yang istimewa di hati para peminatnya di seluruh dunia.

Tidak hairanlah filem terbaharunya, Ride On yang mula ditayangkan di pawagam bermula 13 April lalu tetap hangat diperkatakan.

Filem arahan Larry Yang itu mengisahkan tentang kehidupan Luo, seorang pelakon lagak ngeri yang mempunyai hubungan persahabatan istimewa dengan kuda kesayangannya, Red Hare. Namun disebabkan masalah kewangan dan hutang yang dihadapi, kuda kesayangannya bakal dilelong pihak terbabit.

Luo yang membela kuda tersebut sejak lahir itu terpaksa meminta bantuan anak perempuannya, Bao yang sudah beberapa tahun tidak dihubungi. Bao yang sebelum ini menganggap Luo sebagai bapa tidak bertanggungjawab enggan membantu. Namun akhirnya lembut hati setelah melihat sendiri kesusahan yang dilalui Luo.

Antara babak menarik dalam Ride On.

Tidak bersandarkan kepada adegan-adegan aksi sebagai taruhan utama, Ride On memberi kejutan dengan menampilkan sisi berbeza Jackie dalam lakonannya.

Selain gerak aksi dan jenakanya yang memikat penonton, Jackie kali ini turut menyentuh hati dengan lakonan penuh emosi. Terutamanya babak melibatkan kuda terbabit yang berjaya diterjemahkan Jackie dengan sangat cemerlang.

Biarpun kali ini tidak banyak adegan aksi yang disajikan, tetapi penonton bakal menggamit nostalgia lalu apabila beberapa petikan visual adegan aksi Jackie daripada beberapa filem lakonan terdahulu turut diselitkan bagi melengkapkan karakter Luo.

Selain itu, naskhah tersebut juga mencuri perhatian dengan mesej dan elemen kekeluargaan yang dibawakan. Bukan sahaja antara bapa dan anak, tetapi juga tentang hubungan manusia dan haiwan peliharaan yang berjaya membentuk emosi sangat membekas.

Pujian untuk lakonan dan visual terbaik yang dipaparkan sehingga penonton dapat merasakan kejujuran yang ditampilkan dalam karakter-karakter terbabit, seolah-olah ia benar wujud di depan mata.

Begitu juga penceritaan tentang keperitan hidup pelakon lagak ngeri yang sering menjadi hero yang tidak didendangkan. Filem ini turut mendedahkan bagaimana golongan tersebut sentiasa ditindas dengan bayaran dan layanan yang tidak sepadan dengan usaha dan pengorbanan yang diberikan.

Secara keseluruhannya, Ride On berjaya menghiburkan penonton dengan seimbangkan elemen aksi, komedi dan drama dalam satu rasa.

Sebuah filem wajib tonton, bukan sahaja untuk para peminat Jackie tetapi juga kepada semua penggemar filem.

Ride On

Bahasa: Kantonis/Mandarin

Klasifikasi: P12

Genre: Aksi/komedi

Durasi: 2 jam 5 minit

Pengarah: Larry Yang

Pelakon: Jackie Chan, Liu Haocun, Kevin Guo, Wu Jing, Andy On, Joey Yung

Edaran: Lotus Five Star AV

Tarikh Tayangan: 13 April 2023

(FOTO: LOTUS FIVE STAR AV)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca