PELAKON Datuk Jalaludin Hassan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Rabu lalu akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Pun begitu keadaan Jalaludin, 69, kini sudah semakin baik, tetapi perlu berehat dan menjalani beberapa prosedur rawatan lanjut.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di laman Insragram Zom Lawak, Jalaludin yang juga merupakan salah seorang peserta program Mega Spontan memohon maaf kerana tidak dapat beraksi pada minggu ini.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke Mega Spontan malam ini kerana saya masih dalam rawatan di HCTM.

“Kepada team Champak Tak Jauh, saya mohon maaf kerana mengecewakan anda semua. Tolong buat yang terbaik pada malam ini kerana saya percaya anda boleh melakukannya.

“Kepada para pengundi terima kasih atas undian anda. Sekali lagi saya mohon maaf, semoga allah memelihara kesihatan kita semua,” katanya menerusi satu video yang dirakamkan di katil hospital.

Rawatan

Pelakon drama Liar itu menjelaskan, dia mula berasa sakit sejak seminggu lalu, tetapi tidak mengambil serius sehinggalah keadaannya semakin teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Sebenarnya sejak minggu lalu saya sudah mula rasa sakit pada bahagian pinggang. Awalnya saya hanya dapatkan rawatan daripada anak saudara saya yang juga merupakan seorang doktor.

Iklan

“Pada mulanya saya rasa seperti sudah pulih, kencing pun dah tak sakit dan saya meneruskan pembabitan dalam Mega Spontan dan aktiviti kerja lain.

“Rupanya penyakit begini kena pergi ke hospital bukannya hanya buat rawatan biasa. Kemuncaknya Ahad lalu sakit ini menyerang semula sehingga saya perlu ke hospital,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal.

Jalaludin memohon maaf tidak dapat beraksi bersama kumpulan Champak Tak Jauh di pentas Mega Spontan malam ini..

Selain Jalaludin, kumpulan Champak Tak Jauh turut dianggotai oleh Atu Zero, Norreen Iman, Ramona ZamZam dan Akay Pikir. Mega Spontan bersiaran pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Warna atau strim di On Demand atau Astro Go.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!