Jalin kerjasama, Keisya Levronka pilih Nabila Razali

KEISYA-NABILA
KEISYA-NABILA
A
A
A

KEJAYAAN lagu Tak Ingin Usai, mendorong penyanyi cantik dan berbakat dari Indonesia, Keisya Levronka hadir dengan versi lagu duetnya pula.

Menariknya, Keisya telah memilih Nabila Razali untuk menyanyi bersama dalam lagu yang menjadi single keempatnya yang dilancarkan pada bulan Mei 2022 di bawah Universal Music Indonesia dan diciptakan oleh Mario G Klau, dengan Tohpati yang bertindak sebagai penerbit.

Projek kolaborasi ini bermula dari video yang dimuat naik Nabila menerusi saluran YouTube miliknya yang sedang menyanyi semula lagu Tak Ingin Usai.

“Senang sekali dapat bekerjasama dengan Nabila, dia mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus.

“Mudah-mudahan lagu ini makin diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, juga di negara-negara lain, itu harapan kita semua,” ujar Keisya tentang projek kolaborasi ini.

Tidak banyak perubahan yang ketara dalam proses susunan lagu ini. Seperti yang diketahui, lagu ini berkonsep muzik pop balada.

Sementara, nuansa yang disajikan memang sendu, dengan alunan instrumen gitar akustik yang dominan di tiap bahagian, penuh melodi yang merdu.

Kualiti dan karakter vokal yang sangat kuat daripada kedua-duanya membuat lagu ini semakin sedap didengar. Bukan saling mendominasi, namun mereka saling mengisi satu sama lain.

Sementara, bagi yang belum tahu, lagu ini bercerita tentang hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksakan, sehingga harus usai, walaupun hal itu berat untuk dilakukan.

Tidak hanya dalam bentuk audio, para peminat juga disajikan video lirik yang sangat menarik daripada single Tak Ingin Usai versi duet ini.

Tonton video liriknya di saluran YouTube Keisya Levronka. Jangan lupa dengarkan single Tak Ingin Usai versi duet ini di semua platform muzik digital.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca