KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga, pelakon Aeril Zafrel berharap individu yang bergelar selebriti perlu menjaga nama baik terutama di mata masyarakat.

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu berkata, ia kerana orang ramai beranggapan status tersebut sebagai ikon dan sumber inspirasi yang baik kepada mereka.

“Jadi, jangan burukkan status ini dengan perkara tidak elok.

“Pun begitu, perkara berkenaan memberi pengajaran kepada saya dan rakan-rakan khususnya orang-orang baharu dalam industri,” katanya.

Pasangan sama cantik dan sama padan itu ditemui SinarPlus ketika menghadiri majlis Indahnya Ramadan Bersama Wawa.

Selain berbuka puasa bersama, ibu bapa kepada empat cahaya mata tersebut turut melancarkan produk terbaharu Wawa Cosmetics.

Dalam majlis yang sama, pasangan berkenaan turut meraikan 100 anak-anak yatim.

Dalam pada itu, Aeril juga berpendapat artis yang terpalit kontroversi atau kes mahkamah selagi belum disahkan bersalah, diberi peluang meneruskan pekerjaan mereka.

Iklan

“Kita tak ada hak ‘ban’ atau menyekat mereka tetapi terpulang kepada produksi,” katanya.

Sementara itu, daripada persepsi Wawa, beliau berkata, setiap wanita perlu menjaga batas pergaulan terutama dengan suami orang termasuk ketika berlakon.

Iklan

“Bermesra ketika ‘shooting’ tak ada masalah cuma waktu rehat atau santai tak bagus la buat begitu. Walaupun kononnya untuk mendalami watak.

“Saya sampai warning dia tau jangan buat macam itu. Ada camera okay tapi kalau off camera tak payah la bermesra dan tak perlu pun nak bina chemistry di luar,” katanya.