Jatuh tangga & koma, bintang K-pop, Park Soo Ryun meninggal dunia

PEMERGIAN yang mengejutkan bukan sahaja buat keluarganya, tetapi juga peminat.

Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun ditemukan meninggal dunia kelmarin selepas cedera parah akibat terjatuh dari tangga.

Pelakon berusia 29 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.

Menurut ahli keluarganya, Park Soo Ryun atau nama sebenarnya Park Young In terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak ketika mendapat rawatan di hospital, lapor Allkpop.

Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berdegup, namun otaknya gagal berfungsi.

Baca juga Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

Menurut laporan terbaru, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum kejadian itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.

Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, pada Selasa.

INFO

Iklan

1. Park Soo Ryun memulakan kerjayanya pada tahun 2018 menerusi persembahan muzikal kreatif il tenore.

2. Ryun cukup dikenali sebagai penyanyi dalam industri muzik Kpop dan turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny, The Days We Loved dan banyak lagi.

Baca juga Dapat Golden Buzzer di AGT, Putri Ariani cipta sensasi

2. Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.

Iklan

3. Menerusi media sosialnya, Park Soo Ryun cukup teruja berkongsi banyak foto bersama Hae In dengan menulis kapsyen memuji pelakon senior itu kerana terus bersama mereka sehingga ke akhir penggambaran. Drama bersiri ditayangkan pada penghujung 2021 itu menjadi trending.

Sumber: Sinar Harian, Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!