Jennifer Lopez, Ben Affleck seronok bercuti bersama di Itali

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram 

 

PASANGAN selebriti popular Jennifer Lopez dan Ben Affleck semakin hangat diperkatakan apabila kedua-dua saling mempamerkan aksi romantik di hadapan umum.

Lopez, 52, dan Affleck, 48, dilihat bahagia menghabiskan masa bersama di Itali selepas menghadiri majlis hari lahir seorang rakan mereka yang juga seorang penyanyi.

Rata-rata khalayak terkejut dan teruja apabila melihat kemunculan mereka yang sentiasa berjalan berpegangan tangan. Kedua-dua dilihat bagai pasangan anak muda yang sedang asyik bercinta.

Lopez dan Affleck dikhabarkan mula menjalin hubungan semula selepas hampir dua dekad berpisah sekali gus memutuskan ikatan pertunangan pada tahun 2002.

Affleck yang kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan aktres Jennifer Garner pada 2005 dan berpisah sekitar 2018. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Violet Affleck, Samuel Garner Affleck dan Seraphina Rose Elizabeth Affleck.

Sementara itu, Lopez pula sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pelayan restoran, Ojani Noa, aktor Cris Judd sebelum sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan penyanyi latin, Marc Antorny.

Mereka dikurniakan cahaya sepasang cahaya mata kembar, Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca