Johan, Fizi Ali sah sertai Hot FM

A
A
A

DESAS-DESUS kemasukan penyampai radio, Johan dan Fizi Ali sebagai barisan penyampai setesen radio Hot FM akhirnya terjawab.

Hot FM dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan kedua-dua selebriti itu akan memulakan tugas pada 2 Ogos ini.

Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, bakal bergandingan dengan Fara Fauzana dan AG dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin yang juga bekas penyampai Suria FM, disatukan dengan Fad mengendalikan segmen Hot FM Sembang Squad pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang hingga 7 malam.

Bukan itu sahaja, bermula 2 Ogos juga, Hot FM akan dikenali dengan ‘tagline’ baru iaitu Yang Hangat dan Terbaik.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, pertukaran tagline ini adalah salah satu strategi pihaknya.

"Ia untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat dan ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu akan ke udara bermula 10 pagi hingga 3 petang dengan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, muzik istimewa dan ulangan segmen pagi.

Segmen malam pula, Hot Flix masih dikendalikan Imran Aqil yang membawa pendengar generasi muda kepada hiburan dan interaksi bersama selebriti, pemain video, pempengaruh serta pendengar yang aktif dalam media sosial.

BARISAN PENYAMPAIBarisan penyampai Hot FM yang baharu dan lama.

Sementara itu, Johan menerusi Instagram (IG), malam tadi meluahkan kesyukuran apabila khidmat serta bakatnya masih dihargai.

“Rezeki Allah datang dengan pelbagai cara. Yang pasti usaha, doa, tawakal dan reda atas setiap ujian.

“Allah uji dengan kesedihan dan kami reda. Maka, Allah ganti dengan yang baharu.

“Syukur kepada Allah masih ada yang hargai. Jangan lupa dengarkan Hot FM, setiap Isnin hingga Jumaat bersama Bekpes Hot bersama saya, Fara dan AG,” tulisnya yang pernah bersama Era FM selama sedekad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca