AKTRES berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan kedua pada jam 8.26 pagi, pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri wanita berusia 34 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah turut memanjatkan kesyukuran atas kurniaan daripada Allah SWT itu.

“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seorang wanita.

“Alhamdulillah saya kini menjadi ibu kepada dua cahaya mata,” kongsinya.

Puteri kedua Juliana.

Menerusi hantaran sama, bintang utama filem Mael Lambong itu turut berkongsi wajah puteri mereka.

Iklan

Terdahulu pada Mac lalu, Juliana mendedahkan bakal bakal menimang cahaya mata kedua.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin yang juga kerabat diraja Selangor dan Johor pada 2017.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.