'Kaki bengkak, sakit sendi...' - Amar Baharin bimbang kesihatan Amyra Rosli

Untitled design (70)
Untitled design (70)
A
A
A

PELAKON, Amar Baharin meluahkan rasa bimbang melihat keadaan isteri tercinta, aktres Amyra Rosli yang tidak sihat selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Menurut Amar, isterinya itu mengalami sakit sendi, ada beberapa kesan lebam dan bahagian kaki menjadi bengkak serta batuk berpanjangan.

"Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).

"Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif Covid pada 6 Mac 2022. Doktor masih tidak dapat mencari penyelesaian," ujarnya.

Amar juga meminta mana-mana individu yang pernah mengalami situasi sama untuk menghubunginya bagi berkongsi rawatan yang bersesuaian.

Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca