PELAKON, Amar Baharin meluahkan rasa bimbang melihat keadaan isteri tercinta, aktres Amyra Rosli yang tidak sihat selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Menurut Amar, isterinya itu mengalami sakit sendi, ada beberapa kesan lebam dan bahagian kaki menjadi bengkak serta batuk berpanjangan.

“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).

“Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif Covid pada 6 Mac 2022. Doktor masih tidak dapat mencari penyelesaian,” ujarnya.

Iklan

Amar juga meminta mana-mana individu yang pernah mengalami situasi sama untuk menghubunginya bagi berkongsi rawatan yang bersesuaian.

Iklan

Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.