AKTOR Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang mereka tajuk berita palsu mengenai dirinya yang sudah ‘meninggal dunia’.

Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz berkata, ini kali kedua dirinya dikatakan sudah ‘meninggal dunia’.

“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.

“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini kelakar?” luahnya.

Iklan

Tambah Aaron, beliau meminta pihak yang menjaja cerita tidak benar itu memikirkan perasaan keluarga terutamanya anak-anak yang berada di luar negara.

Iklan

“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” tegasnya.