Kareena Kapoor hamil anak kedua

Untitled design
Untitled design
A
A
A

PASANGAN popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami kini sedang menanti ahli baharu dalam keluarga kami.

“Terima kasih atas segala ucapan kasih sayang dan sokongan kalian,” ujar pasangan itu dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, bapa Kareena, Randhir Kapoor berharap khabar angin mengenai kehamilan anaknya itu akan menjadi kenyataan.

“Saya harap ia benar dan jika betul, saya adalah orang yang paling gembira.Mereka patut ada dua cahaya mata yang akan menemani mereka setiap seorang,” katanya seperti dilaporkan The Times of India.

Kareena dan Saif berkahwin pada 2012 dan menimang cahaya mata sulung, Taimur Ali Khan pada 2016.

Sebelum ini, bintang berusia 40 tahun itu pernah memberi bayangan untuk menambah cahaya mata selepas Taimur berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca