ACARA padang paling lama di Malaysia, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali untuk edisi tahun 2023 dan menjadi lebih bermakna apabila turut meraikan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-39.

Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda akan diadakan tiga hari berturut-turut bermula 2 Jun hingga 4 Jun di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, bermula dari jam 9 pagi.

Dijayakan dengan kerjasama Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor, KJH turut menyaksikan pelbagai booth disediakan oleh Media Prima Berhad termasuk aktiviti menarik seperti bola sepak jalanan, penampilan maskot, konsert Jom Heboh dan banyak lagi.

Studio Drama Sangat juga kini berwajah baharu dan dikenali sebagai Studio Tonton Drama Sangat menghimpunkan pelbagai program menarik bersama selebriti popular.

Antaranya termasuklah Izzue Islam, Ropie dan Siti Sisters untuk program I Can See Your Voice Malaysia 6, Zahirah MacWilson (Metro Crime Series), Afifah Nasir, Aya Amiruddin dan Mark Adam (Pontianak 100KG).

Iklan

Diikuti Ismail Izzani, Muaz Zabir dan Liza Abdullah (Bukan Hanya Sekadar Cinta), Puteri Balqis (Diva Seroja), Nelissa Nizam dan Aiman Wynne (Kampung Mat Saleh) serta Adam Lee dan Sweet Qismina (Malam Zulaikha).

Tidak ketinggalan Konsert Jom Heboh yang bakal digegarkan dengan persembahan mantap daripada Khai Bahar, Hazama, Shiha Zikir, Aizat Amdan, Black Hanifah, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Floor 88 dan ramai lagi pada hari Sabtu dan Ahad, jam 9 malam.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my.