"Kena ada back up plan." Munaa Bella mahu kembangkan bakat dalam bidang lakonan

Copy of Copy of gambar portal_20240131_155342_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240131_155342_0000
A
A
A

BERGELAR penyampai radio popular dan pernah memenangi anugerah bukan jaminan akan terus kekal dalam bidang tersebut.

Baru-baru ini, isu penamatan kontrak hangat diperkatakan lebih-lebih lagi 'orang lama' dalam bidang konti ini juga pernah melalui situasi ‘kelam’ berkenaan.

Penyampai radio Era, Munaa Bella atau nama sebenarnya Munaa Bella Mohamad

turut terkena tempias dengan kontroversi tersebut.

Namun empunya diri tenang menjawab, selepas melihat apa yang terjadi kepada senior-senior, maka ‘back up plan’ itu perlu ada seperti kembangkan bakat dalam bidang lain sebagai contoh pengacaraan majlis dan berlakon.

“Jika ia terjadi kepada saya, perkara pertama mungkin memikirkan simpanan kemudian perlu bersiap sedia terutama mental.

“Tak boleh satu kerja kena 'get ready plan b'," katanya kepada Sinar Plus.

Tambah Munna, buat masa sekarang, beliau juga aktif dalam pengacaraan majlis atau program manakala berlakon masih di peringkat awal percubaan.

“Saya kalau boleh nak mengacara sesuatu genre lain termasuk majlis atau program yang lebih gempak,” ujarnya.

Munaa turut berkongsikan pengalaman beliau kehilangan suara selama tiga kerana terlalu teruja mengikuti Era Tour.

“Mungkin time tu agak ‘lupa diri’ kerana seronok. Jadi saya belajar untuk jangan ‘overdo’ menggunakan suara jika melibatkan penggambaran panjang dan hari bekerja yang sibuk.

Baca juga:Tampil anggun berhijab, Nasha Aziz curi perhatian di pertunjukan fesyen Muslimah Munawwareen

“Selain itu, jika konsert, saya akan menggelak untuk menjerit kerana risiko,” katanya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, rutin setiap pagi dalam perjalanan ke studio, beliau akan berlatih di dalam kereta supaya suara itu tidak serak.

"Kedua, pastikan minum air secukupnya tapi saya tidak mengamalkan sebarang pantang. Nak makan ais atau aiskrim, silakan," katanya.

Ditanya soal kahwin, Munna mengakui masih belum mempunyai teman istimewa.

“Tak hari Sabtu, Ahad mungkin majlis jam 12 tengah hari atau 8 malam.

"Setakat ini, saya tak ada teman lelaki lagi sebab terlalu fokus kepada kerjaya mungkin 2024 tahun mencari cinta. Ada yang nak isi borang?" katanya dalam nada gurauan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca