‘Kena ada jati diri dan jangan mudah rapuh’ – Che Ta

CHE TA antara salah satu artis yang tidak pernah kalah dalam penampilan. Sentiasa elegan, menawan dan mempesona.

Malah, walaupun empunya diri sudah mencecah usia 49 tahun, namun beliau kelihatan seperti wanita 30-an. Penulis tidak berseorangan memberi pendapat dalam hal itu kerana ramai memikirkan hal yang sama.

Semakin menginjak usia, rezeki Che Ta atau nama lengkapnya Rozita Abu Bakar terus melimpah-ruah. Masakan tidak, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu masih lagi menjadi rebutan banyak syarikat yang mahu melantiknya sebagai duta atau jurucakap produk.

Terbaharu, Che Ta diberi kepercayaan menjadi duta kempen Jols Luxe Fabrics for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini.

Che Ta bersama Pengasas Jols Luxe Fabrics, Johan Lim dan isteri, Alia @ Seri Hadia.
Iklan
Iklan

Ditebak apakah rahsianya yang masih kekal relevan sehingga ke saat ini, Che Ta tersenyum lebar sebelum meluahkan kata-kata.

“Saya tak simpan apa-apa rahsia, tetapi saya percaya dengan cara kita membawa diri. Namun demikian, saya tak dinafikan, mungkin untuk usia sebegini agak susah untuk menjadi duta sebab banyak jenama memilih individu yang lebih muda. Dalam hal ini, apa yang saya boleh katakan, semua itu adalah rezeki daripada-NYA,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Biarpun sering menjadi pilihan, Che Ta turut tidak terlepas daripada melalui pelbagai dugaan hidup. Pun begitu, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu mempunyai pendekatan tersendiri untuk menanganinya.

Baru menginjak ke usia 49 tahun 9 Mac lepas, Che Ta berharap dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama keluarga dan anak-anak.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar menegaskan, beliau sentiasa berfikiran terbuka dan tidak mahu cepat mengalah dengan segala cabaran yang terpaksa direntasnya.

“Dalam hidup saya, tiada istilah fasa merundum. Normallah hidup ini bila ada turun dan naik. Jadi, saya sentiasa ingatkan diri saya untuk reda dengan apa sahaja ujian yang datang. Saya akan kata pada diri sendiri, tidak mengapa, ALLAH akan beri yang lebih baik.

“Bila saya fikirkan apa yang peroleh sekarang, saya sedar, bahawa ini semua adalah berkat kesabaran saya sebelum ini. Saya juga percaya, setiap ujian yang ALLAH berikan, itu tanda DIA mahu kita dekatkan diri dengan-NYA,” katanya yang mengakui jarang berasa sedih, tetapi tidak juga terlalu gembira.

Nasihat buat wanita

Justeru, sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac lalu, Che Ta mahu semua kaum Hawa di Malaysia terus kental dan pada masa sama, menukar satu persepsi.

Apa yang dimaksudkan selebriti jelita itu? Jelasnya, beberapa dekad dulu, wanita sering dikatakan hanya berada di belakang lelaki. Namun, kini situasi itu sudah berbeza.

“Sebetulnya sekarang, apa yang lelaki buat, wanita pun boleh buat. Namun, apa yang wanita buat, lelaki belum tentu boleh buat. Malah wanita kini lebih berkebolehan melakukan apa sahaja. Mereka boleh bekerja, uruskan rumah tangga, anak dan macam-macam lagi,” ujarnya penuh semangat.

Che Ta mahu wanita lebih kuat dan berdikari dalam apa jua situasi.

Pelakon versatil tersebut menambah, dalam era milenial ini, wanita diingatkan agar pandai berdikari, rajin dan yang paling penting, perlu kuat semangat serta tidak bergantung harap kepada lelaki semata-mata.

“Saya berpendapat, apabila seseorang wanita itu bekerja, dia lebih dihormati suami. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya.

“Saya rasa wanita di luar sana jangan terlalu mengharapkan pasangan. Kena ada jati diri dan jangan mudah rapuh. Jangan sesekali berendam air mata jika ditakdirkan suami pergi dulu. Kita kena kuat,” katanya yang sangat mengagumi semangat ibunya membesarkan tujuh cahaya mata sendirian selepas kematian suami tercinta pada usia muda.

Sebelum kami mengakhiri wawancara, penulis sempat bertanyakan perkembangan baharunya.

Ungkap Che Ta penuh teruja, beliau kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Mem dan Bibik-Bibik untuk siaran TV3.

Lebih menarik, selebriti berkenaan berpeluang bergandingan dengan suaminya, Zain dan pelakon hebat lain seperti Nabila Razali dan Aprena Manrose.

Kredit photo : Instagram Rozita Che Wan & Blackpepperproduction

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

3 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

4 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

4 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

5 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

6 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

9 hours ago