Keputusan IVF negatif, Achey pasrah

A
A
A

PELAWAK dan pelakon, Achey pasrah apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan isterinya, Anne tidak berjaya.

Menerusi hantaran video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 36, dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan itu.

“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen.

Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah yang masih dalam keadaan berduka.

"Empat bulan keluar masuk sini…. jumpa lagi… bukan tak move on tapi ianya sedikit perlahan… ruang masa mungkin lebih..

"Anne akan kembali lebih kuat… aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ…" luahnya ringkas.

Perkongsian Achey itu mendapat sokongan daripada rakan selebriti dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat Achey, termasuklah pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin yang pernah melalui dua kali rawatan IVF.

"Moga yang baik-baik untuk kamu, Achey dan Anne. Tahu perasaan itu, dua kali percubaan, belum berhasil.

"Cakap (pada) Anne, kita semua kuat. Moga ALLAH gantikna kesedihan kita dengan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki daripada setiap sudut," ujarnya.

[caption id="attachment_101351" align="alignnone" width="800"]Achey dan Anne tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata biarpun keputusan pertama tidak berjaya.[/caption]

Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun pada tahun 2018, pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca