Khai Bahar dominasi pencalonan akhir AME 2021

BAHANG kehangatan dan debaran menjelang malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA (AME 2021) yang bakal berlangsung 30 Januari depan semakin terasa.

Menerusi sidang media pengumuman senarai penuh finalis akhir yang berlangsung pada Selasa, penyanyi Khai Bahar menepati ramalan ramai pihak apabila berjaya mendominasi senarai akhir dalam lima kategori dipertandingkan.

Iklan
Iklan

Lima kategori itu adalah Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP. Sebelum ini, penyanyi itu pernah mengungguli kategori Top Top MeleTOP menerusi penganjuran edisi AME 2018 dan AME 2019.

Baca juga: Ketenangan Khai Bahar menerusi album zikir

Kumpulan pop yang kian popular dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori.

Dolla tercalon untuk kategori Lagu MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, BBNU MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. Manakala Shiha tercalon dalam Lagu MeleTOP ERA, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP serta Grup/Duo MeleTOP.

Bertemakan ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’, AME 2021 bakal dipancarkan secara langsung dalam format kualiti 4K UHD dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka.

Baca juga: Keistimewaan Hilang Gelita dalam Kisah Cinta Rumi oleh Khai Bahar

Jom follow Sinarplus di Instagram!

Share
Aqmar Mustaza

 

Recent Posts

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

6 hours ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

8 hours ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

10 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 days ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago