Khai Bahar dominasi pencalonan akhir AME 2021

A
A
A

BAHANG kehangatan dan debaran menjelang malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA (AME 2021) yang bakal berlangsung 30 Januari depan semakin terasa.

Menerusi sidang media pengumuman senarai penuh finalis akhir yang berlangsung pada Selasa, penyanyi Khai Bahar menepati ramalan ramai pihak apabila berjaya mendominasi senarai akhir dalam lima kategori dipertandingkan.

Lima kategori itu adalah Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP. Sebelum ini, penyanyi itu pernah mengungguli kategori Top Top MeleTOP menerusi penganjuran edisi AME 2018 dan AME 2019.

Baca juga: Ketenangan Khai Bahar menerusi album zikir

Kumpulan pop yang kian popular dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori.

Dolla tercalon untuk kategori Lagu MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, BBNU MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. Manakala Shiha tercalon dalam Lagu MeleTOP ERA, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP serta Grup/Duo MeleTOP.

Bertemakan 'Fresh Black Tie' dengan tagline 'Yang Fresh, Yang Legend', AME 2021 bakal dipancarkan secara langsung dalam format kualiti 4K UHD dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka.

Baca juga: Keistimewaan Hilang Gelita dalam Kisah Cinta Rumi oleh Khai Bahar

Jom follow Sinarplus di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca