Konflik kekeluargaan, mesej kasih sayang Ajoomma

A
A
A

FILEM arahan He Shuming itu merupakan projek kerjasama antara produksi dua negara melibatkan Singapura dan Korea Selatan yang menjalani penggambaran pada awal tahun ini.

Menariknya Ajoomma baru-baru ini mendapat slot tayangan di Busan Film Festival Busan 2022, selain turut tercalon dalam beberapa festival filem antarabangsa termasuk Taipei Golden Horse Film Festival.

Naskhah ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal dari Singapura yang tinggal bersama anak lelaki bujangnya yang berdepan dengan konflik tersendiri. Satu-satunya aktiviti yang gemar dilakukan Ajooma untuk menghiburkan hati adalah menonton drama bersiri Korea.

Wanita pertengahan usia itu turut merancang untuk melancong ke Korea, tetapi apabila tiba masa, anaknya, Sam tidak dapat ikut bersama atas alasan ingin menghadiri temuduga kerja di Amerika Syarikat.

Kecewa dengan keputusan tersebut, ibu itu akhirnya ia memilih untuk pergi sendiri ke Korea bersama agensi pelancongan yang sudah ditempah.

Di sana dia berdepan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran yang bertentangan dengan harapan dan fantasinya. Ajooma juga berkenalan dengan lelaki sebayanya, Jung-su dan seorang bapa muda, Kwon-wo yang turut mempunyai konflik mereka tersendiri.

Filem pertama usahasama Singapura dan Korea Selatan itu mengetengahkan konflik kekeluargaan yang begitu dekat dengan ramai orang terutamanya mereka yang hidup di kota besar.

Karakter Ajoomma yang dibawakan oleh Hong Huifang mewakili wanita-wanita yang sering berdepan konflik melibatkan keluarga, pengorbanan, impian dan kasih sayang yang mempunyai cabarannya tersendiri dalam meneruskan kehidupan.

Tidak hanya menumpu kepada karakter utama, watak-watak pembantu dalam filem ini juga berkembang baik dengan permasalahan berbeza, namun pada penghujungnya berkongsi mesej kehidupan sama.

Bagi meredakan emosi penonton, elemen komedi turut diselitkan dalam beberapa babak filem ini. Pasti sahaja kita tersenyum sendiri apabila melihat gelagat Jung-su yang berusaha untuk berinteraksi dengan Ajooma biarpun tidak tahu berbahasa Mandarin mahupun Inggeris.

Ketulusan hatinya membantu orang asing seperti Ajoomma yang sedang dalam kesusahan cukup memberikan kesan. Apatah lagi karakter itu berjaya dibawakan dengan baik oleh pelakon veteran, Jung Dong-Hwan yang sememangnya dikenali dalam siri popular Korea.

Secara keseluruhannya, Ajoomma adalah sebuah naskhah yang sangat menarik dan sesuai untuk tontonan sesisi keluarga.

Ajoomma

Bahasa: Mandarin/Korea

Klasifikasi: P13

Genre: Drama/komedia

Durasi: 1 jam 30 minit

Pengarah: He Shuming

Pelakon: Hong Huifang, Jung Dong-Hwan, Kang Hyung-Suk, Yeo Jin-Goo

Tarikh Tayangan: 3 November 2022

Terbitan: GSC Movies

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca