Kongsi berita kehamilan, Syura buat kejutan untuk suami

A
A
A

PENYANYI Syura berkongsi berita gembira kini hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhd Farizat Ismail.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, berkongsi sebuah video yang menyaksikan momen dirinya membuat kejutan kepada suami dengan menghadiahkan baju bayi yang bertulis, ‘You are going to be a daddy soon’.

“Mohon doakan yang baik-baik. Abie (suami), awak akan bergelar ayah tidak lama lagi, insya-ALLAH,” tulisnya ringkas.

Meskipun tidak berkongsi tentang usia kandungannya, penyanyi yang dikenali menerusi Nazam Berkasih itu meletakkan tanda pagar #Mac2023, seolah-olah memberi gambaran tarikh dia dijangka bersalin kelak.

Syura bersama suami dan anak-anak.

Masih aktif dengan rutin dan aktiti seni, Syura turut tampil sebagai artis undangan bersama Ramlah Ram ketika menjayakan persembahan pembukaan di Semi Final Muzik Muzik ke-37 pada Sabtu.

Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari lalu setelah tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

Menerusi perkahwinan terdahulu, bekas juara MasterChef Selebriti musim kedua itu dikurniakan tiga orang iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca