Konsert Hael Husaini ditunda ke 19 Februari depan

HAEL HUSAINI
HAEL HUSAINI
A
A
A

KONSERT Hael Husani Live In KL yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini ditunda ke 19 Februari depan.

Rocketfuel Entertainment yang mengumumkan berita tersebut turut memohon maaf atas penukaran tarikh baharu itu dan berharap peminat tetap memberikan sokongan.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna, berkata, mereka yang sudah membuat pembelian pada tarikh asal konsert, masih boleh menggunakan tiket tersebut dan ia  kekal sah untuk tarikh baharu.

“Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf atas penukaran tarikh konsert tersebut.

“Kepada setiap pembeli tiket konsert yang sudah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.

“Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ di mana penonton digalakkan sing-along serta dance-along sepanjang durasi konsert,” ujarnya.

Sementara itu, Hael sebelum ini menyatakan keterujaannya untuk menjayakan konsert tersebut yang bakal berkongsi perjalanan seninya bersama peminat.

“Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi. Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival.

“Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu.

“Semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” katanya.

(FOTO: ROCKETFUEL ENTERTAINMENT)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca