Konsert percuma Absolut Music Festival bakal gegarkan Bandar Malaysia

A
A
A

SYARIKAT Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma, Absolut Music Festival by ELFBAR bermula 4 hingga 6 November depan.

Konsert ini bakal membawakan 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama, akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Menurut Pengarah Operasi Absolut Event and Management, Ben Ali, selain konsert, pihaknya juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara.

Absolut Music FestivalBunkface dan Akim, antara penyanyi yang akan memeriahkan konsert selama tiga hari itu.

Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Tambah Ben Ali, acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara percuma kepada semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022.

“Tidak lupa juga, festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.

“Justeru kami ingin menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama tiga hari ini.

“Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua,” ujar Ben mengakhiri perbualan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca